Sunday, September 30, 2018

HARI JUALAN KITAR SEMULA EKSA JKSM 2018




Sempena Gotong-royong Perdana EKSA 2.0 yang telah diadakan pada 28 September 2018, Jawatankuasa Induk EKSA turut menganjurkan Hari Jualan Barangan Kitar Semula pada 1 Oktober 2018 dengan kerjasama pihak Alam Flora.


 Sebelum jualan kitar semula bermula


Selepas kitar semula berakhir

Friday, September 28, 2018

PEMENANG KUIZ EKSA SIRI TIGA



Jawatankuasa Promosi Eksa juga telah mengadakan Kuiz EKSA Siri 3 pada 26 dan 27 September 2018. Soalan-soalan kuiz telah diedarkan melalui emel pada 27 September 2018. Pemenang kuiz telah diumumkan pada 28 September 2018.






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG WORK STATION DAN BILIK PEGAWAI TERBAIK EKSA 2018



Pada 16 Ogos 2018 Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM telah menganjurkan Pertandingan Work Station dan Bilik Pegawai Terbaik. Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri iaitu Tuan Othman Bin Abdullah, Pengarah Kanan Pengurusan dan juri jemputan Puan Rafidah Binti Abdul Razak, Ketua Audit Dalam EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Kriteria pemarkahan dalam pertandingan tersebut yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :

1) Kekemasan Ruang Kerja
2) Keseragaman
3) Kreativiti

Pertandingan dijalankan melibatkan semua ruang kerja warga JKSM kecuali bagi pegawai yang bercuti panjang.

Berikut adalah senarai pemenang :-

                      

Pemenang Work Station Terbaik:



1) Hariani binti Mohamad (Zon Abu Bakar)



2) Noraida binti Abu Samah (Zon Ubaidah)



3) Rosli bin Mat Jusoh (Zon Talhah)




Pemenang Bilik Pegawai Terbaik:


1) Dr. Jazilah binti Mohd Saad (Zon Talhah)



2) Puan Haznita binti Hamidon (Zon Az-Zubair)



3) Puan Maria binti Jilani (Zon Abu Bakar)


PEMENANG ZON TERBAIK             

1) Tempat Pertama                 ABU BAKAR         
            2) Tempat Kedua                    TALHAH                           
 3) Tempat Ketiga                    AZ-ZUBAIR           









TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG.... SEMOGA KECEMERLANGAN ANDA MENJADI INSPIRASI WARGA JKSM UNTUK MENJAYAKAN EKSA...

YANG TIDAK BERJAYA BUKAN BEERTI ANDA GAGAL... TETAPI JURI BELUM TERPIKAT UNTUK MEMBERI MARKAH YANG LEBIH... SEMOGA CUBA LAGI DALAM PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG AKAN DIANJURKAN....




Wednesday, September 26, 2018

Monday, September 24, 2018

AUDIT DALAM EKSA BIL. 1 TAHUN 2018 - PENEMUAN AMALAN BAIK EKSA

Sepanjang sesi audit EKSA dijalankan, Jawatankuasa Audit telah menemui beberapa penemuan Amalan Baik yang wajar dicontohi dan diikuti oleh semua warga JKSM. Antara contoh Amalan Baik yang telah ditemui...








BENGKEL PEMURNIAN STANDARD MANUAL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2018


Pada 6 dan 7 September 2018, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Standard Manual Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Perdana Menteri. Bengkel selama 2 hari ini telah diadakan di Bilik Kuliah Galeria, Jabatan Peguam Negara.

Sesi Audit Dalam EKSA Bil. 1 Tahun 2018 pada 4 hingga 7 September 2018


Pada 4 hingga 7 September 2018 telah berlangsung sesi Audit Dalam EKSA Bil. 1 Tahun 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM. 

Pasukan Audit Dalam ini diketuai oleh Puan Anis Mastura Bin Azizan selaku Ketua Audit Dalam EKSA dan dianggotai oleh 6 orang juru audit iaitu Tuan Ahmad Mukrim Bin Mohd Noor, Tuan Ahmad Husaini Bin Othman, Puan Asma' Binti Bharunnarosid, Puan Munira Salina Binti Salleh, Encik Ridhwan Bin Zainuddin dan Puan Khadijah Binti Khalid.

Majlis Pembukaan Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 4 September 2018 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan. Manakala Majlis Penutup Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 7 September 2018 jam 3.00 petang di Bilik Mini Theater Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan.