Monday, October 8, 2018

LATIHAN KEBAKARAN DI BLOK C KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA

Pada 9 Oktober 2018 lebih kurang jam 9.00 pagi Blok C Kompleks Islam Putrajaya yang diduduki oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah digemparkan dengan bunyi deringan loceng kecemasan yang berpanjangan. 

Walaupun berlaku situasi kecemasan, warga JKSM bertindak pantas untuk proses menyelamatkan diri dengan tenang dan teratur.






Setelah keadaan dapat dikawal, semua warga JKSM dan bangunan telah dipastikan selamat, warga JKSM dimaklumkan bahawa kejadian tersebut adalah satu latihan kebakaran yang disediakan dan dikawalselia oleh pemilik banguan Kompleks Islam Putrajaya iaitu Tabung Haji Propeties.

Latihan kebakaran ini dijalankan dengan kerjasama pihak Tabung Haji Propeties, Pasukan Bomba Dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia dan warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

Semoga latihan seperti ini dapat memberikan kesedaran dan pengetahuan tambahan kepada semua warga JSKM prosedur dalam menghadapi kebakaran atau kecemasan di tempat kerja.

No comments:

Post a Comment