Tuesday, July 16, 2019

AUDIT SILANG EKSA JKSM 2019 HARI PERTAMA

Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah memulakan sesi audit silang di Zon Abu Bakar sebaik sahaja Mesyuarat Pembukaan Audit Silang JKSM 2019 selesai. Sesi audit di Zon Abu Bakar dimulakan dengan taklimat pengenalan zon oleh Ketua Zon Abu Bakar, Puan Maria Binti Jilani.
 
 Kawasan jajahan Zon Abu Bakar adalah meliputi Galeri Kehakiman JKSM, Pusat Jualan Buku dan Tandas di aras 1, Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod, surau dan tandas di aras 2.





Seterusnya Juru Audit JAKESS juga telah melakukan audit di aras 3 iaitu Zon Az-Zubair dan memilih Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) sebagai permulaan audit. Sesi audit di BPSMP selesai lebih kurang jam 1.00 tengahari sebelum semua juru audit berhenti untuk santapan tengahari dan solat zohor.





Sesi audit disambung semula pada jam 2.30 petang di Zon Az-Zubair yang berikutnya iaitu Bahagian Dasar dan Penyelidikan. Selesai menjalankan audit di Zon Az-Zubair, juru audit meneruskan auditan di Zon Said Bin Zaid dan dimulakan dengan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Auditan hari pertama ditamatkan pada jam 4.00 petang. 

Semoga warga JKSM dapat mengambil cakna segala teguran penambahbaikan yang telah diberikan oleh juru audit supaya pensijilan EKSA JKSM dapat dicapai mengikut jadual.

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT SILANG EKSA JKSM 2019

Pada hari ini JKSM telah menyambut kehadiran 9 orang Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor yang bertanggungjawab menlaksanakan sesi audit silang di JKSM. Audit Silang EKSA JKSM 2019 dijadualkan akan berlangsung selama 2 hari bermula pada 16 Julai dan tamat pada 17 Julai 2019.


Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM mengucapkan selamat datang kepada semua Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Mesyuarat Pembukaan Audit Silang EKSA JSKM 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JKSM, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya pada jam 9.00 pagi telah diperngerusikan oleh YBhg Dato' Abdul Walid Bin Abu Hassan, Fasilitator EKSA JKSM dan dihadiri oleh Ketua Jawatankuasa Pelaksana serta Ketua Zon EKSA JKSM. Jawatankuasa Pelaksana EKSA berharap sesi audit ini dapat menambahkan lagi input pelaksanaan EKSA di kalangan warga JKSM. Semoga EKSA JKSM dapat mencapai cemerlang dalam penilaian kali ini. Terima kasih kepada semua warga JKSM yang bertungkus lumus dalam melaksanakan Amalan EKSA di JKSM.



AUDIT SILANG EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BERSAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR