Wednesday, July 24, 2019

AMALAN KITAR SEMULA DALAM EKSA


DEFINISI
Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.





Dengan menggunakan dan membeli bahan-bahan atau produk-produk yang dapat digunakan semula, kita dapat mengurangkan jumlah tenaga yang diperlukan untuk pengekstrakan, pengangkutan dan pemprosesan bahan asli. Apabila keperluan tenaga menurun, pembakaran bahan api fosil berkurangan dan penghasilan serta pelepasan gas karbon dioksida (CO2) ke atmosfera dapat dikurangkan. Kelebihan-kelebihan penggunaan semula adalah: 


  • Pemeliharaan sumber semula jadi Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.



  • Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.
Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.



  • Menjimatkan kos
Mengurangkan penghasilan sisa pepejal yang dibuang akan menjimatkan kos pelupusan sisa pepejal. Ia juga membantu penjimatan ekonomi bagi komuniti, perniagaan, sekolah dan pengguna-pengguna individu.





  • Perniagaan sektor industri. 
Juga mempunyai insentif ekonomi dengan amalan pengurangan sumber. Apabila peniaga menghasilkan barang – barang yang kurang pembungkusan pembelian, penggunaan bahan mentah dapat dikurangkan. Pengurangan dalam kos pengeluaran juga menyebabkan jumlah keuntungan yang besar. Ia boleh dialirkan terus kepada pengguna dalam bentuk harga barang yang rendah.


  • Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita. 






Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

 Sumber:http://www.ppsppa.gov.my

Monday, July 22, 2019

LABEL EKSA JKSM 2019

Berdasarkan kepada teguran serta penemuan audit silang EKSA JKSM 2019, Jawatankuasa Induk mengambil inisiatif untuk memaparkan semula label-label yang digunakan secara seragam semua zon.

Semoga inisiatif ini dapat membantu warga JKSM untuk melaksanakan amalan EKSA secara berterusan.

AUDIT SILANG EKSA HARI KEDUA 17 JULAI 2019


Audit Silang EKSA JKSM 2019 telah disambung semula pada 17 Julai 2019. Sesi audit dimulakan dengan Zon Abu Ubaidah iaitu Aras 5 JKSM. Juru audit telah diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan Amalan EKSA Zon Abu Ubaidah oleh Ketua Zon CIk Nurul Ain Binti Abdul Rahman.














Seterusnya pasukan juru audit silang telah meneruskan sesi audit di Zon Thalhah iaitu zon yang terakhir di JKSM. Zon Thalhah merupakan zon gabungan di Aras 6 dan 7 yang mengandungi Bahagian Sokongan Keluarga, Unit Integriti, Pejabat Hakim Rayuan Syariah, Pejabat Pakar Rujuk, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Pengarah Kanan, Pejabat Ketua Pendaftar dan Pejabat Ketua Hakim Syarie.






Tuesday, July 16, 2019

AUDIT SILANG EKSA JKSM 2019 HARI PERTAMA

Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) telah memulakan sesi audit silang di Zon Abu Bakar sebaik sahaja Mesyuarat Pembukaan Audit Silang JKSM 2019 selesai. Sesi audit di Zon Abu Bakar dimulakan dengan taklimat pengenalan zon oleh Ketua Zon Abu Bakar, Puan Maria Binti Jilani.
 
 Kawasan jajahan Zon Abu Bakar adalah meliputi Galeri Kehakiman JKSM, Pusat Jualan Buku dan Tandas di aras 1, Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod, surau dan tandas di aras 2.





Seterusnya Juru Audit JAKESS juga telah melakukan audit di aras 3 iaitu Zon Az-Zubair dan memilih Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) sebagai permulaan audit. Sesi audit di BPSMP selesai lebih kurang jam 1.00 tengahari sebelum semua juru audit berhenti untuk santapan tengahari dan solat zohor.





Sesi audit disambung semula pada jam 2.30 petang di Zon Az-Zubair yang berikutnya iaitu Bahagian Dasar dan Penyelidikan. Selesai menjalankan audit di Zon Az-Zubair, juru audit meneruskan auditan di Zon Said Bin Zaid dan dimulakan dengan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Auditan hari pertama ditamatkan pada jam 4.00 petang. 

Semoga warga JKSM dapat mengambil cakna segala teguran penambahbaikan yang telah diberikan oleh juru audit supaya pensijilan EKSA JKSM dapat dicapai mengikut jadual.

Monday, July 15, 2019

MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT SILANG EKSA JKSM 2019

Pada hari ini JKSM telah menyambut kehadiran 9 orang Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor yang bertanggungjawab menlaksanakan sesi audit silang di JKSM. Audit Silang EKSA JKSM 2019 dijadualkan akan berlangsung selama 2 hari bermula pada 16 Julai dan tamat pada 17 Julai 2019.


Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM mengucapkan selamat datang kepada semua Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

Mesyuarat Pembukaan Audit Silang EKSA JSKM 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JKSM, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya pada jam 9.00 pagi telah diperngerusikan oleh YBhg Dato' Abdul Walid Bin Abu Hassan, Fasilitator EKSA JKSM dan dihadiri oleh Ketua Jawatankuasa Pelaksana serta Ketua Zon EKSA JKSM. Jawatankuasa Pelaksana EKSA berharap sesi audit ini dapat menambahkan lagi input pelaksanaan EKSA di kalangan warga JKSM. Semoga EKSA JKSM dapat mencapai cemerlang dalam penilaian kali ini. Terima kasih kepada semua warga JKSM yang bertungkus lumus dalam melaksanakan Amalan EKSA di JKSM.



AUDIT SILANG EKSA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA BERSAMA JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI SELANGOR


Carta Perbatuan EKSA JKSM 2020




Carta Perbatuan EKSA JKSM 2019

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 1 / 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 2 / 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 3 / 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 4 / 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 5 / 2019

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 6 / 2019


MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 7 / 2019



Thursday, July 11, 2019

SURAT LANTIKAN JAWATANKUASA PELAKSANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2019

Tahun 2018 telah melabuhkan tirai. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM sepanjang tahun 2018.

Dalam kesempatan ini, Jawatankuasa Induk EKSA JKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa EKSA JKSM 2018 yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program dan aktiviti EKSA. Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berpindah dan tidak lagi berkhidmat di JKSM.

Selamat datang diucapkan kepada semua ahi jawatankuasa EKSA yang baru dilantik bagi tahun 2019. Semoga lantikan tuan puan dapat memberikan impak yang positif kepada JKSM dalam mencapai pensijilan EKSA 2019.