Wednesday, January 16, 2019

Kemaskini Buku Garis Panduan EKSA JKSM dan Garis Panduan Penyeragaman Label

Hasil Audit Dalam EKSA yang telah dilaksanakan di JKSM dan Bengkel Pemurnian Standard Manual EKSA JPM, beberapa penambaikan dan kemaskini telah dilakukan dalam Buku Garis Panduan EKSA JKSM.

Antara penambaikan dan kemaskini yang dilakukan adalah memasukkan gambar-gambar Best Practice  yang ditemui semasa pengauditan dijalankan di JKSM. Selain itu, kriteria amalan EKSA di JKSM juga telah diperincikan lagi supaya semua warga jelas dan faham dengan amalan EKSA.



Buku Garis Panduan EKSA JKSM (klik sini untuk muat turun)


Garis Panduan Penyeragaman Label EKSA (klik sini untuk muat turun)


Label EKSA JKSM (klik sini untuk muat turun)





LAPORAN AUDIT DALAM EKSA BIL. 1 DAN BIL.2 TAHUN 2018





Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM telah menjalankan sesi Audit Dalam EKSA Bil.1 Tahun 2018 pada 4 hingga 7 September 2018, dan Audit Dalam EKSA Bil.2 Tahun 2018 pada 29 hingga 31 Oktober 2018 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan EKSA di kalangan warga JKSM.






Auditor yang terlibat dengan Audit Dalam EKSA bagi tahun 2018 adalah seperti berikut : 

i)             En. Hishamuddin Bin Ahmad (Juru Audit Jemputan bagi Audit EKSA Bil.2 Tahun                    2018, CHAMPION EKSA MAMPU)
ii)            Puan Anis Mastura Binti Azizan (Ketua Pasukan)
iii)           Encik Ahmad Mukrim Bin Mohd Noor
iv)           Tuan Ahmad Husaini Bin Othman
v)            Puan Asma’ Binti Bharonnarosid
vi)           Puan Munira Salina Binti Salleh
vii)          Encik Ridhwan Bin Zainuddin
viii)         Puan Khadijah Binti Khalid
ix)           Puan Azlina Binti Ishak









Hasil pengauditan EKSA yang dijalankan, setiap zon memperolehi markah seperti berikut :

AUDIT DALAM EKSA BIL. 1 TAHUN 2018

BIL
TARIKH AUDIT
LOKASI/ZON
MARKAH
CATATAN
1.
4 hingga 6 September  2018
Zon Abu Bakar
75.42 %

2.
Zon Abu Ubaidah
74.89 %

3.
Zon Thalhah
73.75 %

4.
Zon Az-Zubair
72.19 %

5.
Zon Said Bin Zaid
70.16 %






MARKAH PURATA
73.30 %



LAPORAN AUDIT DALAM EKSA BIL.1 TAHUN 2018


AUDIT DALAM EKSA BIL. 2 TAHUN 2018


BIL
TARIKH AUDIT
LOKASI/ZON
MARKAH
CATATAN
1.
29 hingga 31 Oktober 2018
Zon Abu Bakar
88.90 %

2.
Zon Abu Ubaidah
86.59 %

3.
Zon Said Bin Zaid
82.87 %

4.
Zon Az-Zubair
82.66 %

5.
Zon Thalhah
82.60 %





MARKAH PURATA
84.72 %


LAPORAN AUDIT DALAM EKSA BIL.2 TAHUN 2018




Berdasarkan kepada pemarkahan yang telah dinilai dalam Audit Dalam kedua, secara keseluruhannya setiap zon telah berjaya meningkatkan prestasi amalan EKSA melalui semangat kerjasama di kalangan warga zon.

Urusetia Induk EKSA mengucapkan syabas dah tahniah kepada semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia atas usaha gigih ke arah Pensijilan EKSA MAMPU.