JKSM kini ke arah Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM bagi Tahun 2024. Sesi pengauditan oleh Pasukan Audit Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan dilaksanakan pada 9 - 11 Julai 2024.
Berdasarkan kepada hasil penemuan oleh Pasukan Audit Dalaman JKSM pada siri 2/2024, terdapat Sudut Maya yang belum dikemaskini. Sehubungan itu, semua zon diminta untuk mengemaskini Sudut Maya zon masing-masing sebelum sesi pengauditan dilaksanakan.