Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kini dalam proses mendapatkan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi memperbaharui sijil EKSA yang telah tamat pada 31 Mac 2022. Pihak JPM telah menetapkan tarikh persijilan iaitu pada 27 – 30 Mei 2024.
Semua Jawatankuasa Pelaksana EKSA, Ketua-ketua Zon dan Bahagian/Unit akan mengambil perhatian akan tarikh-tarikh pelaksanaan komponen EKSA 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:
🚮3-10 Mei 2024 - Gotong Royong Bahagian Masing-masing
🗄️13 Mei 2024 (Selasa) - Gotong Royong Perdana JKSM
📋17 Mei 2024 - Audit Dalaman oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM
📊 20 Mei 2024 – Pembentangan keputusan Audit Dalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA
🧩 21 hingga 24 Mei 2024 - Tindakan pembetulan daripada teguran Audit
🕵🏻27 - 30 Mei 2024 - Audit Persijilan EKSA JPM
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi pegawai berikut:
a) Encik Abdullah bin Mukhti - 03-8870 9532 (abdullahmukhti@esyariah.gov.my);
b) Puan Noor Azlina binti Saadin - 03-8870 9531 (snoor@esyariah.gov.my);
c) Puan Halinah binti Jamion - 03-8870 9534 (halinah@esyariah.gov.my); dan
d) Puan Siti Hasmah binti Ahmad - 03-8870 9571 (hasmah@esyariah.gov.my)