Peringkat Keenam : Pelaksanaan Audit Dalam Dilaksanakan 3-6 bulan sekali di atas syor Jawatankuasa Pelaksana EKSA atau arahan Penyelaras / Fasilitator
Audit Dalam akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM. Ketua Juruaudit Dalam EKSA adalah Ketua Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM.
Jawatankuasa Audit akan menetapkan tarikh audit dan surat arahan akan dikeluarkan.
Dokumen senarai semak Audit Dalam EKSA JKSM akan disediakan oleh Jawatankuasa Audit Dalam dan akan diberikan kepada setiap pasukan audit. Dokumen ini boleh diperbaiki dan dipinda dari masa ke semasa mengikut keperluan. Penglibatan juruaudit dalam adalah dari gabungan kumpulan Pelaksana dan PNP. Setiap zon akan diwakili sekurang-kurangnya seorang pegawai.
