AUDIT EKSA

Audit EKSA JKSM dibarisi oleh Ketua Audit dan dibantu oleh Penolong Ketua Audit serta  Ahli JK Audit EKSA. Audit EKSA JKSM bertanggungjawab memahami Garis Panduan EKSA Jabatan seterusnya membuat pengauditan dalaman seperti berikut:

1. Menyediakan jadual pelaksanaan audit dalam sekurang-kurangnya 2 kali setahun;

2. Memaklumkan kepada Urus Setia EKSA Jabatan tarikh sesi audit untuk dimasukkan dalam Carta Perbatuan EKSA Tahunan Jabatan;

3. Menyediakan garis panduan pemarkahan serta templat pengauditan;

4. Memberikan taklimat pengauditan kepada Urus Setia EKSA Jabatan;

5. Melaksanakan audit dalam mengikut tarikh yang telah dipersetujui pihak Jabatan.

6. Menyediakan dan membentangkan laporan audit kepada pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan dan Ketua-ketua Zon. 

7. Mendapatkan maklum balas penemuan audit dalam tempoh 3 hari selepas pembentangan laporan.


LAPORAN AUDIT EKSA