Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA di jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.
Semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pelaksanaan amalan EKSA di Jabatan ini demi mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.