Pensijilan semula EKSA Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan dilaksanakan pada bulan September 2023. Semua warga JKSM disarankan untuk melaksanakan, memantapkan dan mengekalkan kekemasan, kebersihan dan keseragaman tempat kerja dan ruang-ruang yang berkaitan agar sentiasa memenuhi garis panduan EKSA yang telah ditetapkan. Aktiviti-aktiviti EKSA seperti gotong royong dan pertandingan akan dijalankan sepanjang bulan Jun hingga September bagi memastikan warga kerja sentiasa peka dengan mematuhi garis panduan EKSA.