Tuesday, December 18, 2018

PERTANDINGAN PANTRI PALING KEMAS DAN TANDAS PALING BERSIH EKSA JKSM 2018

Pada 1 November 2018 telah berlangsung sesi Pertandingan Pantri Paling Kemas dan Tandas Paling Cantik EKSA JKSM 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM.

Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri jemputan iaitu Tuan Mohd Shahidan Bin Abdul Ghafar dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

Penilaian dilakukan berdasarkan kepada kekemasan, kebersihan serta kreativiti zon yang dilakukan terhadap tandas dan pantri.

Disamping penilaian yang dilakukan, juri-juri juga memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di setiap zon terhadap tandas dan pantri.


  


 Menyemak tarikh luput barang makan yang disimpan di dalam peti sejuk


 Menilai kreativiti zon menyediakan maklumat pemakanan di pantri

No comments:

Post a Comment