Pada 16 Ogos 2018 Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM telah menganjurkan Pertandingan Work Station dan Bilik Pegawai Terbaik. Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri iaitu Tuan Othman Bin Abdullah, Pengarah Kanan Pengurusan dan juri jemputan Puan Rafidah Binti Abdul Razak, Ketua Audit Dalam EKSA Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Kriteria pemarkahan dalam pertandingan tersebut yang telah ditetapkan adalah seperti berikut :
1) Kekemasan Ruang Kerja
2) Keseragaman
3) Kreativiti
Pertandingan dijalankan melibatkan semua ruang kerja warga JKSM kecuali bagi pegawai yang bercuti panjang.
Berikut adalah senarai pemenang :-
Pemenang Work Station Terbaik:
1) Hariani binti Mohamad (Zon Abu Bakar)
2) Noraida binti Abu Samah (Zon Ubaidah)
3) Rosli bin Mat Jusoh (Zon Talhah)
Pemenang Bilik Pegawai Terbaik:
1) Dr. Jazilah binti Mohd Saad (Zon Talhah)
2) Puan Haznita binti Hamidon
(Zon Az-Zubair)
3) Puan Maria binti Jilani (Zon Abu Bakar)
1) Tempat Pertama ABU BAKAR
2) Tempat Kedua TALHAH
3) Tempat Ketiga AZ-ZUBAIR
TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG.... SEMOGA KECEMERLANGAN ANDA MENJADI INSPIRASI WARGA JKSM UNTUK MENJAYAKAN EKSA...
YANG TIDAK BERJAYA BUKAN BEERTI ANDA GAGAL... TETAPI JURI BELUM TERPIKAT UNTUK MEMBERI MARKAH YANG LEBIH... SEMOGA CUBA LAGI DALAM PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG AKAN DIANJURKAN....
No comments:
Post a Comment