Monday, September 24, 2018

BENGKEL PEMURNIAN STANDARD MANUAL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2018


Pada 6 dan 7 September 2018, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Standard Manual Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Perdana Menteri. Bengkel selama 2 hari ini telah diadakan di Bilik Kuliah Galeria, Jabatan Peguam Negara.




Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan baharu kepada warga JPM khususnya yang akan menjalani Audit Pensijilan Semula EKSA oleh pihak MAMPU. Sehubungan itu, JPM turut menjemput beberapa agensi di bawah JPM yang terlibat dengan EKSA DIY. Antara agensi yang terlibat adalah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan (MSWP), Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Pejabat Ketua Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Bahagian Perlindungan JPM dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah diwakili oleh Tuan Mohd Amirul adam Bin Ahmad selaku Urus Setia EKSA JKSM.

Bengkel ini mendedahkan kepada para peserta kaedah pengauditan terkini EKSA, pengemaskinian Standard Manual EKSA serta bertukar maklumat berkaitan pelaksanaan EKSA di agensi masing-masing.





No comments:

Post a Comment