Monday, September 24, 2018

Sesi Audit Dalam EKSA Bil. 1 Tahun 2018 pada 4 hingga 7 September 2018


Pada 4 hingga 7 September 2018 telah berlangsung sesi Audit Dalam EKSA Bil. 1 Tahun 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM. 

Pasukan Audit Dalam ini diketuai oleh Puan Anis Mastura Bin Azizan selaku Ketua Audit Dalam EKSA dan dianggotai oleh 6 orang juru audit iaitu Tuan Ahmad Mukrim Bin Mohd Noor, Tuan Ahmad Husaini Bin Othman, Puan Asma' Binti Bharunnarosid, Puan Munira Salina Binti Salleh, Encik Ridhwan Bin Zainuddin dan Puan Khadijah Binti Khalid.

Majlis Pembukaan Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 4 September 2018 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan. Manakala Majlis Penutup Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 7 September 2018 jam 3.00 petang di Bilik Mini Theater Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan.


No comments:

Post a Comment