Peringkat Pertama : Pembentukan Jawatankuasa EKSA
1. Penaung / Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM
Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA;
Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA;
Menetapkan dasar, peraturan dan garis panduan; Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan;
Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator;
Menetapkan sistem peniktirafan/penghargaan;
Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan; dan
Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.
2. Fasilitator EKSA
Memberikan latihan dan panduan kepada Ketua Zon dan ahli; Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan;
Menentukan pembahagian zon;
Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana; dan
Menyelaras dan memantau aktiviti.



