Peringkat Pertama : Pembentukan Jawatankuasa EKSA
1. Penaung / Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM
Menentukan hala tuju keseluruhan pelaksanaan EKSA;
Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA;

Menentukan belanjawan dan sumber-sumber kewangan;
Melantik penyelaras, ketua jawatankuasa kecil dan fasilitator;
Menetapkan sistem peniktirafan/penghargaan;
Mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan; dan
Memantau kemajuan pelaksanaan EKSA melalui contoh amalan terbaik.
2. Fasilitator EKSA

Memastikan semua kumpulan mematuhi peraturan dan panduan yang disediakan;
Menentukan pembahagian zon;
Menjadi perantara untuk menyampaikan maklumat terkini antara pihak pengurusan dengan kumpulan pelaksana; dan
Menyelaras dan memantau aktiviti.
3. Penyelaras (Unit Inovasi, BKPSM)
Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA;
Menyelaras Program EKSA;
Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA;
Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan, audit dan ICT ; dan
Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam organisasi.

4. Jawatankuasa Promosi
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti promosi EKSA;
Mengenal pasti aktiviti/kempen promosi bagi memupuk kesedaran penyertaan untuk menjayakan pelaksanaan EKSA;
Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan; dan
Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA di kalangan warga jabatan/agensi.
5. Jawatankuasa Latihan

Mengenal pasti jenis latihan/aktiviti yang diperlukan dari semasa ke semasa bagi mengukuhkan aktiviti EKSA;
Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberikan latihan/program kesedaran/maklumat EKSA secukupnya.
6. Jawatankuasa Audit

Menyediakan kriteria Audit Dalam EKSA dan menentukan kekerapan aktiviti Audit Dalam EKSA.
Menjalankan audit seperti yang dijadualkan oleh Jawatankuasa Pelaksana sekurang- kurangnya 2 kali setahun
Melaporkan penemuan audit kepada Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana EKSA serta dimaklumkan kepada semua warga Jabatan

7. Jawatankuasa ICT
Menyediakan pelan pelaksanaan aktiviti EKSA secara maya;
Membangunkan laman web, blog atau lain-lain medium EKSA secara dalam talian;
Mengendali dan menyeragamkan aktiviti EKSA dalam talian; dan
Melaporkan dan mengemaskini status pelaksanaan aktiviti EKSA di dalam talian
8. Ketua Zon

Mengadakan mesyuarat secara berkala dengan ahli-ahli zon;
Melantik pegawai bertanggungjawab atau person-in-charge (PIC) untuk semua bilik dan ruang di dalam zon.
Menggalakkan penglibatan semua ahli dalam pelaksanaan EKSA;
Merancang aktiviti zon;
Memberikan maklum balas mengenai status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator; dan
Membantu memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli zon

9. Ahli-ahli Zon
Memberikan komitmen secara berterusan dalam pelaksanaan EKSA;
Menyertai aktiviti EKSA secara aktif;
Bekerjasama dalam zon; dan
Menghadiri mesyuarat dan menyumbangkan idea bagi menjayakan pelaksanaan EKSA.

Bertanggungjawab ke atas bilik / ruang yang telah ditetapkan dari segi kekemasan, susun atur, kebersihan dan kelengkapan peralatan
Menyediakan pelan lantai bilik, pelan suis lampu (sekiranya terdapat 3 suis dan ke atas) dan pelan suis blind curtain.
Memastikan borang KEW-PA disediakan di bilik / ruang yang ditetapkan dan dikemaskini.
Menyediakan tatacara penggunaan mesin dan peralatan serta etika penggunaan bilik.
Memastikan penyelenggaraan dan pembersihan bilik dijalankan mengikut jadual
No comments:
Post a Comment