Monday, July 23, 2018

PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

  1. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
  2. EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010. 
  3. Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elemen tersebut adalah seperti berikut :-



  • Imej Korporat
   – Meningkatkan imej korporat.
   – Menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran 
         di setiap Jabatan sektor awam





    • Kreativiti dan Inovasi
          – Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras  
             dengan tuntutan pihak berkepentingan.
         – Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di 
            luar kotak  (out of the box) bagi menghasilkan  
            persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.





    • Amalan Hijau
         – Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan        
            persekitaran  hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
         – Pelaksanaan program seperti kitar semula dan 
            meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah 
            penjimatan sumber.






    • Persekitaran Kondusif

           – Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan 
              bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. 
           – Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, 
              mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa 
              berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) 
              kemudahan sesuai harus disediakan).





    • Kepelbagaian Agensi 
    – Memastikan elemen pengauditan               
     memenuhi keperluan kepelbagaian agensi    kerajaan.

    No comments:

    Post a Comment