Kemas kini Laman Utama EKSA JKSM pada 15 Julai 2024 5:00pm
Saturday, December 21, 2019
Saturday, November 16, 2019
Thursday, July 25, 2019
AMALAN KITAR SEMULA DALAM EKSA
DEFINISI
Penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Dalam kebanyakan situasi, bekas-bekas terpakai boleh digunakan semula sebagai pengganti terhadap pembelian produk baru. Sebagai contoh, anda boleh mengecas semula bateri yang boleh dicas semula sekerap mungkin bagi mengelakkan pembaziran sisa pepejal berbanding bateri yang tidak boleh dicas. Seterusnya, ia dapat memastikan kita dapat mengurangkan sisa pepejal serta memelihara sumber asli semula jadi.

- Pemeliharaan sumber semula jadi Sisa pepejal bukan hanya terhasil apabila pengguna membuang barangan yang tidak diperlukan tetapi ia bermula dari pemprosesan bahan mentah, pengangkutan dan kemudahan pengilangan barang-barang terpakai. Penggunaan semula barang-barang dapat mengurangkan sisa pepejal yang terhasil seterusnya mengurangkan pembelian barang-barang baru. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan permintaan barang di pasaran dan menurunkan kadar penggunaan sumber semulajadi untuk pemprosesan barang baru.
- Mengurangkan penghasilan sisa berbahaya.
Memilih barang-barang tidak berbahaya atau kurang berbahaya merupakan komponen lain yang penting dalam pengurangan sumber. Menggantikan barang kurang berbahaya dalam barang-barang tertentu (produk pembersihan atau racun yang digunakan untuk membunuh makhluk perosak), berkongsi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya daripada membuang lebihannya, membaca arahan label secara teliti dan menggunakan dalam kuantiti yang sedikit adalah cara mengurangkan penghasilan sisa berbahaya yang tidak boleh dikitar semula.
- Menjimatkan kos
- Perniagaan sektor industri.
- Pengguna. Pengguna juga boleh berkongsi keuntungan ekonomi daripada pengurangan sumber. Membeli barang secara pukal, dengan pembungkusan yang kurang atau yang boleh digunakan semula dengan kerap membawa kepada penjimatan kos. Apa yang baik untuk alam sekitar juga baik untuk poket anda! Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.

Kebanyakan barang yang dijumpai di rumah boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Oleh itu, sebelum anda membuang barang – barang tersebut, fikir dahulu bagaimana ianya boleh digunakan semula. Berikut merupakan cadangan bagaimana untuk menggunakan semula barang-barang yang berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
Sumber:http://www.ppsppa.gov.my
Tuesday, July 23, 2019
LABEL EKSA JKSM 2019
Berdasarkan kepada teguran serta penemuan audit silang EKSA JKSM 2019, Jawatankuasa Induk mengambil inisiatif untuk memaparkan semula label-label yang digunakan secara seragam semua zon.
Semoga inisiatif ini dapat membantu warga JKSM untuk melaksanakan amalan EKSA secara berterusan.
AUDIT SILANG EKSA HARI KEDUA 17 JULAI 2019

Audit Silang EKSA JKSM 2019 telah disambung semula pada 17 Julai 2019. Sesi audit dimulakan dengan Zon Abu Ubaidah iaitu Aras 5 JKSM. Juru audit telah diberikan taklimat ringkas berkaitan dengan Amalan EKSA Zon Abu Ubaidah oleh Ketua Zon CIk Nurul Ain Binti Abdul Rahman.
Seterusnya pasukan juru audit silang telah meneruskan sesi audit di Zon Thalhah iaitu zon yang terakhir di JKSM. Zon Thalhah merupakan zon gabungan di Aras 6 dan 7 yang mengandungi Bahagian Sokongan Keluarga, Unit Integriti, Pejabat Hakim Rayuan Syariah, Pejabat Pakar Rujuk, Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Pengarah Kanan, Pejabat Ketua Pendaftar dan Pejabat Ketua Hakim Syarie.
Tuesday, July 16, 2019
AUDIT SILANG EKSA JKSM 2019 HARI PERTAMA

Kawasan jajahan Zon Abu Bakar adalah meliputi Galeri Kehakiman JKSM, Pusat Jualan Buku dan Tandas di aras 1, Bahagian Pendaftaran, Keurusetian dan Rekod, surau dan tandas di aras 2.
Seterusnya Juru Audit JAKESS juga telah melakukan audit di aras 3 iaitu Zon Az-Zubair dan memilih Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan (BPSMP) sebagai permulaan audit. Sesi audit di BPSMP selesai lebih kurang jam 1.00 tengahari sebelum semua juru audit berhenti untuk santapan tengahari dan solat zohor.
Sesi audit disambung semula pada jam 2.30 petang di Zon Az-Zubair yang berikutnya iaitu Bahagian Dasar dan Penyelidikan. Selesai menjalankan audit di Zon Az-Zubair, juru audit meneruskan auditan di Zon Said Bin Zaid dan dimulakan dengan Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Auditan hari pertama ditamatkan pada jam 4.00 petang.
Semoga warga JKSM dapat mengambil cakna segala teguran penambahbaikan yang telah diberikan oleh juru audit supaya pensijilan EKSA JKSM dapat dicapai mengikut jadual.
MESYUARAT PEMBUKAAN AUDIT SILANG EKSA JKSM 2019

Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM mengucapkan selamat datang kepada semua Juru Audit EKSA dari Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.
Mesyuarat Pembukaan Audit Silang EKSA JSKM 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama JKSM, Aras 5, Blok C, Kompleks Islam Putrajaya pada jam 9.00 pagi telah diperngerusikan oleh YBhg Dato' Abdul Walid Bin Abu Hassan, Fasilitator EKSA JKSM dan dihadiri oleh Ketua Jawatankuasa Pelaksana serta Ketua Zon EKSA JKSM. Jawatankuasa Pelaksana EKSA berharap sesi audit ini dapat menambahkan lagi input pelaksanaan EKSA di kalangan warga JKSM. Semoga EKSA JKSM dapat mencapai cemerlang dalam penilaian kali ini. Terima kasih kepada semua warga JKSM yang bertungkus lumus dalam melaksanakan Amalan EKSA di JKSM.
Monday, July 15, 2019
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 1 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 2 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 3 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 4 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 5 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 6 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 7 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 1 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 2 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 3 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 4 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 5 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 6 / 2019
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKSA JKSM BIL. 7 / 2019
Friday, July 12, 2019
SURAT LANTIKAN JAWATANKUASA PELAKSANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) TAHUN 2019
Tahun 2018 telah melabuhkan tirai. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM sepanjang tahun 2018.
Dalam kesempatan ini, Jawatankuasa Induk EKSA JKSM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa EKSA JKSM 2018 yang bertungkus-lumus dalam menjayakan program dan aktiviti EKSA. Terima kasih juga kepada semua ahli jawatankuasa yang telah berpindah dan tidak lagi berkhidmat di JKSM.
Selamat datang diucapkan kepada semua ahi jawatankuasa EKSA yang baru dilantik bagi tahun 2019. Semoga lantikan tuan puan dapat memberikan impak yang positif kepada JKSM dalam mencapai pensijilan EKSA 2019.
Wednesday, January 16, 2019
Kemaskini Buku Garis Panduan EKSA JKSM dan Garis Panduan Penyeragaman Label
Hasil Audit Dalam EKSA yang telah dilaksanakan di JKSM dan Bengkel Pemurnian Standard Manual EKSA JPM, beberapa penambaikan dan kemaskini telah dilakukan dalam Buku Garis Panduan EKSA JKSM.
Antara penambaikan dan kemaskini yang dilakukan adalah memasukkan gambar-gambar Best Practice yang ditemui semasa pengauditan dijalankan di JKSM. Selain itu, kriteria amalan EKSA di JKSM juga telah diperincikan lagi supaya semua warga jelas dan faham dengan amalan EKSA.
Buku Garis Panduan EKSA JKSM (klik sini untuk muat turun)
Garis Panduan Penyeragaman Label EKSA (klik sini untuk muat turun)
LAPORAN AUDIT DALAM EKSA BIL. 1 DAN BIL.2 TAHUN 2018
Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM telah menjalankan sesi Audit Dalam EKSA Bil.1 Tahun 2018 pada 4 hingga 7 September 2018, dan Audit Dalam EKSA Bil.2 Tahun 2018 pada 29 hingga 31 Oktober 2018 bagi menilai keberkesanan pelaksanaan EKSA di kalangan warga JKSM.
Auditor yang terlibat dengan Audit Dalam EKSA bagi tahun 2018 adalah
seperti berikut :
i) En. Hishamuddin
Bin Ahmad (Juru Audit Jemputan bagi Audit EKSA Bil.2 Tahun 2018, CHAMPION EKSA
MAMPU)
ii)
Puan Anis Mastura
Binti Azizan (Ketua Pasukan)
iii) Encik Ahmad
Mukrim Bin Mohd Noor
iv) Tuan Ahmad
Husaini Bin Othman
v) Puan Asma’ Binti
Bharonnarosid
vi) Puan Munira
Salina Binti Salleh
vii) Encik Ridhwan Bin
Zainuddin
viii) Puan Khadijah
Binti Khalid
ix) Puan Azlina Binti
Ishak
Hasil pengauditan EKSA yang dijalankan, setiap zon memperolehi markah seperti berikut :
AUDIT DALAM EKSA BIL. 1 TAHUN 2018
BIL
|
TARIKH AUDIT
|
LOKASI/ZON
|
MARKAH
|
CATATAN
|
1.
|
4 hingga 6 September
2018
|
Zon Abu Bakar
|
75.42 %
|
|
2.
|
Zon Abu Ubaidah
|
74.89 %
|
||
3.
|
Zon Thalhah
|
73.75 %
|
||
4.
|
Zon Az-Zubair
|
72.19 %
|
||
5.
|
Zon Said Bin
Zaid
|
70.16 %
|
||
MARKAH PURATA
|
73.30 %
|
LAPORAN AUDIT DALAM EKSA BIL.1 TAHUN 2018
AUDIT DALAM EKSA BIL. 2 TAHUN 2018
BIL
|
TARIKH AUDIT
|
LOKASI/ZON
|
MARKAH
|
CATATAN
|
1.
|
29 hingga 31 Oktober
2018
|
Zon Abu Bakar
|
88.90 %
|
|
2.
|
Zon Abu Ubaidah
|
86.59 %
|
||
3.
|
Zon Said Bin
Zaid
|
82.87 %
|
||
4.
|
Zon Az-Zubair
|
82.66 %
|
||
5.
|
Zon Thalhah
|
82.60 %
|
||
MARKAH PURATA
|
84.72 %
|
LAPORAN AUDIT DALAM EKSA BIL.2 TAHUN 2018
Berdasarkan kepada pemarkahan yang telah dinilai dalam Audit Dalam kedua, secara keseluruhannya setiap zon telah berjaya meningkatkan prestasi amalan EKSA melalui semangat kerjasama di kalangan warga zon.
Urusetia Induk EKSA mengucapkan syabas dah tahniah kepada semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia atas usaha gigih ke arah Pensijilan EKSA MAMPU.
Subscribe to:
Posts (Atom)