Tuesday, July 2, 2024

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKOSISTEM KONDUSIF (EKSA) JKSM BIL 3 TAHUN 2024


PUTRAJAYA | Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM Bilangan 3 Tahun 2024 telah diadakan pada 2 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM dan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM.

Objektif utama mesyuarat adalah membincangkan perkara berbangkit yang memerlukan tindakan segera dan juga pembentangan penemuan semasa pelaksanaan Audit Dalaman EKSA JKSM Siri 2/2024. Terdapat pengurangan peratus penemuan berbanding Audit Dalaman EKSA Siri 1/2024 yang dilaksanakan pada Mei 2024 yang lalu.

Terdahulu, mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM sebagai Pengerusi Sementara menggantikan YBRs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. 

Berita lanjut di sini.

Monday, June 24, 2024

HEBAHAN : GARIS PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

 



Garis Panduan EKSA JKSM versi 1 tahun 2024 telah diedarkan kepada semua warga JKSM. Warga diminta untuk menyimpan garis panduan ini di komputer masing-masing sebagai rujukan pelaksanaan.


Garis Panduan ini juga boleh diakses di sini.





PERTANDINGAN AMALAN EKSA


 


Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA  di jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.

Semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pelaksanaan amalan EKSA di Jabatan ini demi mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.