Friday, December 21, 2018

ANUGERAH BINTANG BAGI BILIK DAN WORK STATION PEGAWAI

Pada 16 Ogos 2018, Pertandingan Work Station dan Bilik Pegawai Terbaik telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA. Selaras dengan pertandingan tersebut, selain daripada pemenang pertandingan, Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA juga bersetuju Penarafan Bintang juga diberikan kepada semua warga JKSM berdasarkan kepada penilaian oleh  juri pertandingan. 

Diharapkan Penarafan Bintang ini dapat menjadi aspirasi kepada semua warga JKSM untuk sentiasa mengamalkan EKSA ini sama di pejabat mahupun di kediaman sendiri.










Wednesday, December 19, 2018

PERTANDINGAN KAWASAN GUNASAMA TERBAIK (RUANG TAMU DAN BILIK MESYUARAT) EKSA JKSM 2018

Pada 13 Disember 2018 telah berlangsung sesi Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik (Ruang Tamu dan Bilik Mesyuarat) yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM.

Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri jemputan iaitu Tuan Nik Bukhori Hashimy Bin Nik Yahyadari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.


Penilaian dilakukan berdasarkan kepada kekemasan, kebersihan serta kreativiti zon yang dilakukan di ruang tamu dan bilik mesyuarat zon.



Disamping penilaian yang dilakukan, juri-juri juga memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di setiap zon terhadap bilik mesyuarat dan ruang tamu.











PERTANDINGAN PANTRI PALING KEMAS DAN TANDAS PALING BERSIH EKSA JKSM 2018

Pada 1 November 2018 telah berlangsung sesi Pertandingan Pantri Paling Kemas dan Tandas Paling Cantik EKSA JKSM 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM.

Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri jemputan iaitu Tuan Mohd Shahidan Bin Abdul Ghafar dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

Penilaian dilakukan berdasarkan kepada kekemasan, kebersihan serta kreativiti zon yang dilakukan terhadap tandas dan pantri.

Disamping penilaian yang dilakukan, juri-juri juga memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di setiap zon terhadap tandas dan pantri.


  


 Menyemak tarikh luput barang makan yang disimpan di dalam peti sejuk


 Menilai kreativiti zon menyediakan maklumat pemakanan di pantri