Thursday, July 11, 2024

MESYUARAT PENUTUPAN PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKSM

 


𝐏𝐔𝐓𝐑𝐀𝐉𝐀𝐘𝐀 | Mesyuarat Penutupan Pengauditan EKSA telah diadakan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Ketua Pendaftar, Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, dan telah dihadiri oleh Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM, Ketua-ketua Zon dan Urus setia EKSA JKSM.

Dalam mesyuarat tersebut, Jawatankuasa Induk EKSA JPM membentangkan hasil penemuan pengauditan yang menunjukkan bahawa setiap zon di JKSM mempunyai asas pelaksanaan EKSA yang baik. Antara perkara yang dinilai termasuk pengurusan ruang kerja, kebersihan, susun atur perabot, dan pematuhan kepada dasar-dasar EKSA.


KEPUTUSAN PENGAUDITAN EKSA PERINGKAT JKSM SIRI 2/2024

 


PUTRAJAYA | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah mengadakan Pertandingan Amalan EKSA  semasa Sesi Audit Dalaman JKSM Siri 2/2024 pada 26-28 Jun 2024. JK Pelaksana EKSA JKSM telah mempertandingkan 5 kategori iaitu Zon Terbaik, Ruang Kerja Terbaik, Meja Pegawai Terbaik, Go Green Terbaik dan Pantry Terbaik.

Penilaian dan pemarkahan telah diberi dan pemenang telah dipilih. Semoga pencapaian menjadi inspirasi kepada semua pihak untuk amalan EKSA terbaik di Jabatan.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG!

Tuesday, July 9, 2024

SELAMAT DATANG PASUKAN AUDIT EKSA JPM

 


PUTRAJAYA | JKSM mengalu-alukan kehadiran Pasukan Audit EKSA dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini bagi sesi Pengauditan Pensijilan EKSA JKSM bagi Tahun 2024. Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JKSM serta Ketua-ketua Zon JKSM.

Diharapkan agar sesi pengauditan ini berjalan lancar dan JKSM berjaya memperoleh Pensijilan EKSA dengan Kategori Cemerlang.