Tuesday, August 14, 2018

UCAPAN KETUA PENDAFTAR JKSM


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Syukur ke hadrat Ilahi, atas limpah nikmat dan kurnia-Nya, JKSM telah berjaya menerbitkan
Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM. Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) merupakan istilah baharu bagi menggantikan 5S yang telah disuntik dengan elemen pembaharuan dan penambahbaikan serta disuburkan dengan penjenamaan semula program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Konsep 5S iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke yang diperkenalkan oleh Jepun sebenarnya bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat Malaysia. Tujuan MAMPU membangunkan EKSA iaitu suatu mekanisme penilaian baharu ini mengikut acuan sendiri untuk meningkatkan produktiviti kerja khususnya penjawatpenjawat awam dan Organisasi sektor awam secara amnya. 

Semoga Garis Panduan Pelaksanaan EKSA JKSM ini dapat mendokong hasrat kerajaan untuk merakyatkan perkhidmatan‟secara total melalui  pengurusan persekitaran pejabat yang mengambil kira kehendak dan ekspektasi pelanggan, serta dapat membantu Jabatan merancang dan melaksanakan usaha-usaha meningkatkan imej korporat secara positif, menggalakkan pembudayaan amalan hijau, menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi, menghasilkan persekitaran tempat kerja yang selesa dan memenuhi keperluan agensi kerajaan yang pelbagai.


Akhir kalam, besarlah harapan Jabatan agar Garis Panduan Pelaksanaan EKSA yang telah didokumentasikan ini dapat membantu warga JKSM dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif. 


Terima kasih.

HAJAH NOOR HADINA BINTI AHMAD ZABIDI
Ketua Pendaftar
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.

No comments:

Post a Comment