Monday, August 27, 2018

BENGKEL PELAKSANAAN AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERDANA MENTERI 2018

Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Bengkel Pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Perdana Menteri pada 12 Julai 2018 di Kompleks B Jabatan Perdana Menteri.


Bengkel berkenaan turut dihadiri peserta dari agensi-agensi di bawah JPM termasuk Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). JKSM telah diwakili oleh Tuan Mohd Amirul Adam bin Ahmad, Puan Noorkhairiezan Binti Johari dan Puan Dewi Izyani Binti Ayob.

Dalam bengkel tersebut, para peserta didedahkan dengan kaedah pelaksanaan EKSA terkini iaitu secara D.I.Y ataupun melalui penilaian kendiri oleh agensi. Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Lim Chai Chong dari Seksyen Inovasi dan Pengiktirafan MAMPU.

Para peserta juga didedahkan dengan kaedah pengauditan EKSA dengan menjalankan sesi pengauditan di Bahagian Teknologi Maklumat JPM dan Pejabat TKSUK JPM.







Kaedah penyimpanan fail yang kemas dan tersusun

 Ruang kerja yang kemas dan selesa

 Ruang tetamu berimej korporat dan kemas

 Bilik mesyuarat yang kemas

Sistem perlabelan yang kemas 

No comments:

Post a Comment