Dapatkan koleksi gambar sepanjang sesi pengauditan EKSA JKSM 2024 oleh Pasukan Audit JPM pada 9-11 Julai 2024 yang lalu. Sekiranya warga JKSM ada lagi koleksi gambar yang ingin dikongsikan, serahkan gambar dengan resolusi HD kepada Jawatankuasa ICT untuk tindakan lanjut.
Monday, July 15, 2024
Friday, July 12, 2024
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN PELAKSANAAN EKSA JKSM
Thursday, July 11, 2024
MESYUARAT PENUTUPAN PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKSM
KEPUTUSAN PENGAUDITAN EKSA PERINGKAT JKSM SIRI 2/2024
Tuesday, July 9, 2024
SELAMAT DATANG PASUKAN AUDIT EKSA JPM
PUTRAJAYA | JKSM mengalu-alukan kehadiran Pasukan Audit EKSA dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini bagi sesi Pengauditan Pensijilan EKSA JKSM bagi Tahun 2024. Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JKSM serta Ketua-ketua Zon JKSM.
Diharapkan agar sesi pengauditan ini berjalan lancar dan JKSM berjaya memperoleh Pensijilan EKSA dengan Kategori Cemerlang.
Friday, July 5, 2024
Jom Kemas Kini Sudut Maya Zon EKSA JKSM
Tuesday, July 2, 2024
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKOSISTEM KONDUSIF (EKSA) JKSM BIL 3 TAHUN 2024
PUTRAJAYA | Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM Bilangan 3 Tahun 2024 telah diadakan pada 2 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM dan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM.
Objektif utama mesyuarat adalah membincangkan perkara berbangkit yang memerlukan tindakan segera dan juga pembentangan penemuan semasa pelaksanaan Audit Dalaman EKSA JKSM Siri 2/2024. Terdapat pengurangan peratus penemuan berbanding Audit Dalaman EKSA Siri 1/2024 yang dilaksanakan pada Mei 2024 yang lalu.
Terdahulu, mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM sebagai Pengerusi Sementara menggantikan YBRs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.
Berita lanjut di sini.