Monday, June 24, 2024

HEBAHAN : GARIS PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA

 



Garis Panduan EKSA JKSM versi 1 tahun 2024 telah diedarkan kepada semua warga JKSM. Warga diminta untuk menyimpan garis panduan ini di komputer masing-masing sebagai rujukan pelaksanaan.


Garis Panduan ini juga boleh diakses di sini.





PERTANDINGAN AMALAN EKSA


 


Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia akan menganjurkan pertandingan Amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) yang bertujuan untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan amalan EKSA  di jabatan ini. Tempoh penilaian akan diadakan pada 26-28 Jun 2024.

Semua warga Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dapat mengambil bahagian secara aktif dalam pelaksanaan amalan EKSA di Jabatan ini demi mencapai matlamat untuk mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan produktif.

Friday, June 21, 2024

AUDIT DALAM EKSA JKSM SIRI 2/2024

 


Jawatankuasa Audit Dalam EKSA JKSM 2024 akan melaksanakan Audit Dalam EKSA Siri 2/2024 pada 26 - 28 Jun 2024. Penilaian audit ini akan melibatkan semua zon di JKSM. Semua zon hendaklah bersedia dan kerjasama semua amat dihargai bagi menjayakan hasrat JKSM ke arah Pensijilan EKSA bagi tahun 2024.

TAKLIMAT PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA - JOM KITAR SEMULA SEMPENA GOTONG ROYONG PERDANA

PUTRAJAYA | Sesi Taklimat Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM - Jom Kitar Semula bersempena Gotong Royong Perdana JKSM telah diadakan pada 21 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM dan telah dihadiri oleh semua peringkat warga JKSM.

Objektif utama program adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan kitar semula, memupuk minat untuk aktiviti kitar semula di kalangan warga JKSM dan seterusnya mengaplikasikan kaedah kitar semula bagi pelaksanaan EKSA di JKSM selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan.

Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Taklimat kali ini telah disampaikan oleh YBrs. Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan.

Berita penuh di Laman Facebook Rasmi JKSM.

Friday, June 7, 2024

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA JKSM TAHUN 2024


PUTRAJAYA | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah melancarkan Program Ke Arah Program Ke Arah Pensijilan Semula EKSA JKSM Tahun 2024. Majlis telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM. Menurut YAA Dato', program EKSA ini amat baik untuk dilaksanakan kerana melibatkan usaha, komitmen dan pencapaian bersama seluruh warga JKSM bagi mendapatkan pensijilan semula EKSA.

Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada Jawatankuasa EKSA sesi 2022/2023 dan tayangan video EKSA bertemakan “Adakah Anda Tahu”.

Berita penuh di Laman Facebook Rasmi JKSM.