Tuesday, October 15, 2024
Tuesday, September 17, 2024
Aktiviti Kitar Semula Bahan Terbuang Merdeka
Zon Abu Ubaidah mengambil peluang melaksanakan aktiviti menghias perkarangan Bilik Mesyuarat Utama (BMU) dan Lift Lobi sempena Bulan Kebangsaan 2024 pada 30 Ogos yang lalu menggunakan bahan-bahan terbuang antaranya kotak, sarang telur dan kertas A4 yang telah dirincih.
Aktiviti yang dilaksanakan selama dua (2) minggu secara berkumpulan telah berjaya menghasilkan bendera gergasi dan “I Love JKSM Statue”
Monday, July 15, 2024
KOLEKSI GAMBAR SESI PENGAUDITAN EKSA JKSM 2024 OLEH PASUKAN AUDIT JPM
Dapatkan koleksi gambar sepanjang sesi pengauditan EKSA JKSM 2024 oleh Pasukan Audit JPM pada 9-11 Julai 2024 yang lalu. Sekiranya warga JKSM ada lagi koleksi gambar yang ingin dikongsikan, serahkan gambar dengan resolusi HD kepada Jawatankuasa ICT untuk tindakan lanjut.
Friday, July 12, 2024
PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN PELAKSANAAN EKSA JKSM
Thursday, July 11, 2024
MESYUARAT PENUTUPAN PENGAUDITAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JKSM
KEPUTUSAN PENGAUDITAN EKSA PERINGKAT JKSM SIRI 2/2024
Tuesday, July 9, 2024
SELAMAT DATANG PASUKAN AUDIT EKSA JPM
PUTRAJAYA | JKSM mengalu-alukan kehadiran Pasukan Audit EKSA dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini bagi sesi Pengauditan Pensijilan EKSA JKSM bagi Tahun 2024. Mesyuarat Pembukaan telah dipengerusikan oleh YAA Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie JKSM dan dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JKSM serta Ketua-ketua Zon JKSM.
Diharapkan agar sesi pengauditan ini berjalan lancar dan JKSM berjaya memperoleh Pensijilan EKSA dengan Kategori Cemerlang.
Friday, July 5, 2024
Jom Kemas Kini Sudut Maya Zon EKSA JKSM
Tuesday, July 2, 2024
MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA EKOSISTEM KONDUSIF (EKSA) JKSM BIL 3 TAHUN 2024
PUTRAJAYA | Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM Bilangan 3 Tahun 2024 telah diadakan pada 2 Julai 2024 (Isnin) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, JKSM dan telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pelaksana EKSA JKSM.
Objektif utama mesyuarat adalah membincangkan perkara berbangkit yang memerlukan tindakan segera dan juga pembentangan penemuan semasa pelaksanaan Audit Dalaman EKSA JKSM Siri 2/2024. Terdapat pengurangan peratus penemuan berbanding Audit Dalaman EKSA Siri 1/2024 yang dilaksanakan pada Mei 2024 yang lalu.
Terdahulu, mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Puan Azlina binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan (Pengurusan) JKSM sebagai Pengerusi Sementara menggantikan YBRs. Tuan Haji Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM.
Berita lanjut di sini.
Monday, June 24, 2024
HEBAHAN : GARIS PANDUAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA
PERTANDINGAN AMALAN EKSA
Friday, June 21, 2024
AUDIT DALAM EKSA JKSM SIRI 2/2024
TAKLIMAT PEMANTAPAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA - JOM KITAR SEMULA SEMPENA GOTONG ROYONG PERDANA
PUTRAJAYA | Sesi Taklimat Pemantapan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM - Jom Kitar Semula bersempena Gotong Royong Perdana JKSM telah diadakan pada 21 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Dewan Tan Sri Ibrahim Lembut, Aras 5, JKSM dan telah dihadiri oleh semua peringkat warga JKSM.
Objektif utama program adalah untuk memberikan kesedaran tentang kepentingan kitar semula, memupuk minat untuk aktiviti kitar semula di kalangan warga JKSM dan seterusnya mengaplikasikan kaedah kitar semula bagi pelaksanaan EKSA di JKSM selaras dengan garis panduan yang telah ditetapkan.
Program telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Hj Nassir bin Abdul Aziz, Ketua Pendaftar JKSM. Taklimat kali ini telah disampaikan oleh YBrs. Puan Ummi Kalthum binti Shuib, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan.
Berita penuh di Laman Facebook Rasmi JKSM.
Friday, June 7, 2024
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM KE ARAH PENSIJILAN SEMULA EKSA JKSM TAHUN 2024
PUTRAJAYA | Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia telah melancarkan Program Ke Arah Program Ke Arah Pensijilan Semula EKSA JKSM Tahun 2024. Majlis telah disempurnakan oleh YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Haji Mat Zain, Ketua Pengarah/ Ketua Hakim Syarie JKSM. Menurut YAA Dato', program EKSA ini amat baik untuk dilaksanakan kerana melibatkan usaha, komitmen dan pencapaian bersama seluruh warga JKSM bagi mendapatkan pensijilan semula EKSA.
Thursday, April 25, 2024
PELAKSANAAN PENGAUDITAN PENSIJILAN AUDIT PERSIJILAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) BAGI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH MALAYSIA (JKSM) TAHUN 2024
Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) kini dalam proses mendapatkan Pensijilan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi memperbaharui sijil EKSA yang telah tamat pada 31 Mac 2022. Pihak JPM telah menetapkan tarikh persijilan iaitu pada 27 – 30 Mei 2024.
Semua Jawatankuasa Pelaksana EKSA, Ketua-ketua Zon dan Bahagian/Unit akan mengambil perhatian akan tarikh-tarikh pelaksanaan komponen EKSA 2024 yang telah ditetapkan seperti berikut:
🚮3-10 Mei 2024 - Gotong Royong Bahagian Masing-masing
🗄️13 Mei 2024 (Selasa) - Gotong Royong Perdana JKSM
📋17 Mei 2024 - Audit Dalaman oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM
📊 20 Mei 2024 – Pembentangan keputusan Audit Dalam dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana EKSA
🧩 21 hingga 24 Mei 2024 - Tindakan pembetulan daripada teguran Audit
🕵🏻27 - 30 Mei 2024 - Audit Persijilan EKSA JPM
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila hubungi pegawai berikut:
a) Encik Abdullah bin Mukhti - 03-8870 9532 (abdullahmukhti@esyariah.gov.my);
b) Puan Noor Azlina binti Saadin - 03-8870 9531 (snoor@esyariah.gov.my);
c) Puan Halinah binti Jamion - 03-8870 9534 (halinah@esyariah.gov.my); dan
d) Puan Siti Hasmah binti Ahmad - 03-8870 9571 (hasmah@esyariah.gov.my)