Tuesday, December 18, 2018

PERTANDINGAN KAWASAN GUNASAMA TERBAIK (RUANG TAMU DAN BILIK MESYUARAT) EKSA JKSM 2018

Pada 13 Disember 2018 telah berlangsung sesi Pertandingan Kawasan Gunasama Terbaik (Ruang Tamu dan Bilik Mesyuarat) yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM.

Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri jemputan iaitu Tuan Nik Bukhori Hashimy Bin Nik Yahyadari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.


Penilaian dilakukan berdasarkan kepada kekemasan, kebersihan serta kreativiti zon yang dilakukan di ruang tamu dan bilik mesyuarat zon.



Disamping penilaian yang dilakukan, juri-juri juga memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di setiap zon terhadap bilik mesyuarat dan ruang tamu.











PERTANDINGAN PANTRI PALING KEMAS DAN TANDAS PALING BERSIH EKSA JKSM 2018

Pada 1 November 2018 telah berlangsung sesi Pertandingan Pantri Paling Kemas dan Tandas Paling Cantik EKSA JKSM 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Promosi EKSA JKSM.

Pertandingan ini telah diadili oleh dua orang juri jemputan iaitu Tuan Mohd Shahidan Bin Abdul Ghafar dari Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan yang juga merupakan bekas penyelaras EKSA di Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang, dan Puan Siti Rashidah Binti Sarkom dari Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.

Penilaian dilakukan berdasarkan kepada kekemasan, kebersihan serta kreativiti zon yang dilakukan terhadap tandas dan pantri.

Disamping penilaian yang dilakukan, juri-juri juga memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan di setiap zon terhadap tandas dan pantri.


  


 Menyemak tarikh luput barang makan yang disimpan di dalam peti sejuk


 Menilai kreativiti zon menyediakan maklumat pemakanan di pantri

PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PERTANDINGAN REKA CIPTA POSTER DAN INFOGRAFIK DAN PERTANDINGAN PANTRI PALING KEMAS DAN TANDAS PALING BERSIH EKSA JKSM 2018

PERTANDINGAN REKACIPTA POSTER DAN INFOGRAFIK EKSA JKSM

Tarikh         : 16 – 14 September 2018
Anjuran      : Jawatankuasa ICT EKSA JKSM
Peserta      : Warga JKSM


REACH TERTINGGI (TROFI & SIJIL)
Puan Sharifah Fadhilatu Mariam Binti Syed Ali – Zon Said bin Zaid

SHARE TERBANYAK (TROFI & SIJIL)
Puan Sharifah Fadhilatu Mariam Binti Syed Ali – Zon Said bin Zaid

LIKE TERTINGGI (TROFI & SIJIL)
Puan Maria Binti Jilani – Zon Abu Bakar As-Siddiq

PENYERTAAN TERBANYAK (SIJIL)
Tempat Pertama : Zon Abu Bakar As-Siddiq
Tempat Kedua    : Zon Said bin Zaid
Tempat Ketiga    : Zon Abu Ubaidah





AUDIT DALAM EKSA BIL.2 TAHUN 2018



Pada 29 hingga 31 Oktober 2018 telah berlangsung sesi Audit Dalam EKSA Bil. 2 Tahun 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM. 

Pasukan Audit Dalam ini diketuai oleh Puan Anis Mastura Bin Azizan selaku Ketua Audit Dalam EKSA dan dianggotai oleh 6 orang juru audit iaitu Tuan Ahmad Mukrim Bin Mohd Noor, Tuan Ahmad Husaini Bin Othman, Puan Asma' Binti Bharunnarosid, Puan Munira Salina Binti Salleh, Encik Ridhwan Bin Zainuddin dan Puan Khadijah Binti Khalid. Jawatankuasa Audit Dalam EKSA juga telah menjemput Encik Hishamuddin Bin Ahmad dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia selaku Juru Audit Jemputan bagi menilai pelaksaan Amalan EKSA di JKSM.

Majlis Pembukaan Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 29 Oktober 2018 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama JKSM. Manakala Majlis Penutup Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 2 November 2018 di Bilik Mesyuarat Utama JKSM.





Sesi Pembukaan Dan Penutup Audit Dalam EKSA Bil.2 Tahun 2018