Monday, September 24, 2018

AUDIT DALAM EKSA BIL. 1 TAHUN 2018 - PENEMUAN AMALAN BAIK EKSA

Sepanjang sesi audit EKSA dijalankan, Jawatankuasa Audit telah menemui beberapa penemuan Amalan Baik yang wajar dicontohi dan diikuti oleh semua warga JKSM. Antara contoh Amalan Baik yang telah ditemui...








BENGKEL PEMURNIAN STANDARD MANUAL EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JABATAN PERDANA MENTERI TAHUN 2018


Pada 6 dan 7 September 2018, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Standard Manual Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Jabatan Perdana Menteri. Bengkel selama 2 hari ini telah diadakan di Bilik Kuliah Galeria, Jabatan Peguam Negara.

Sesi Audit Dalam EKSA Bil. 1 Tahun 2018 pada 4 hingga 7 September 2018


Pada 4 hingga 7 September 2018 telah berlangsung sesi Audit Dalam EKSA Bil. 1 Tahun 2018 yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Audit EKSA JKSM. 

Pasukan Audit Dalam ini diketuai oleh Puan Anis Mastura Bin Azizan selaku Ketua Audit Dalam EKSA dan dianggotai oleh 6 orang juru audit iaitu Tuan Ahmad Mukrim Bin Mohd Noor, Tuan Ahmad Husaini Bin Othman, Puan Asma' Binti Bharunnarosid, Puan Munira Salina Binti Salleh, Encik Ridhwan Bin Zainuddin dan Puan Khadijah Binti Khalid.

Majlis Pembukaan Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 4 September 2018 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Bahagian Khidmat Pengurusan. Manakala Majlis Penutup Audit Dalam EKSA telah diadakan pada 7 September 2018 jam 3.00 petang di Bilik Mini Theater Bahagian Pusat Sumber Maklumat dan Penerbitan.