Monday, July 23, 2018

LOGO DAN MOTO EKSA JKSM

Bulatan 4 Bulan Sabit (Hijau) :
Bermaksud 4 huruf singkatan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor
Awam. Warna hijau pula melambangkan EKSA yang berciri go-green
dan mesra alam

Bintang (Jingga) :
Bermaksud kecemerlangan dan kualiti yang akan tercapai pasca
pelaksanaan EKSA. Warna jingga adalah warna rasmi JKSM

E.K.S.A (Biru) :
Huruf E.K.S.A. berwarna biru bermaksud EKSA menjadikan JKSM
sebuah jabatan berciri korporat dan professional. Warna biru juga
gambaran kepuasan pelanggan dan warga JKSM terhadap impak EKSA
yang berkesan.




PERSEKITARAN KONDUSIF,
PERKHIDMATAN EFEKTIF.

Persekitaran Kondusif :
EKSA membantu menghasilkan persekitaran yang mesra alam, mesra
pekerja, pemudah cara dan meningkatkan produktiviti warga JKSM

Perkhidmatan Efektif :
Pelaksanaan EKSA juga memberi impak terhadap kualiti kerja
seterusnya menjadikan Misi, Visi dan Objektif JKSM akan tercapai
dengan jayanya


Tujuan Pelaksanaan Garis Panduan EKSA



Tujuan Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam
(EKSA) diwujudkan di Jabatan Kehakiman Syariah
Malaysia (JKSM) sebagai panduan kepada Warga
JKSM bagi mengamalkan pelaksanaan EKSA
serta mewujudkan persekitaran kerja
yang kondusif, berimej korporat
dan berinovasi

Dasar EKSA JKSM


JKSM komited dalam melaksanakan EKSA secara
berterusan melalui budaya kerja berpasukan
dan berdisiplin dengan mengutamakan
persekitaran kerja 
yang kondusif dan berkualiti
demi meningkatkan produktiviti
dan perkhidmatan yang berintegriti dan efisien.





PENGENALAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA)

  1. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
  2. EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010. 
  3. Lima elemen baharu telah ditambah baik dari Amalan 5S kepada EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elemen tersebut adalah seperti berikut :-



  • Imej Korporat
   – Meningkatkan imej korporat.
   – Menitikberatkan aspek keselamatan persekitaran 
         di setiap Jabatan sektor awam





    • Kreativiti dan Inovasi
          – Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras  
             dengan tuntutan pihak berkepentingan.
         – Menggalakkan warga Jabatan untuk sentiasa berfikir di 
            luar kotak  (out of the box) bagi menghasilkan  
            persekitaran kerja yang kondusif dan selamat.





    • Amalan Hijau
         – Menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan        
            persekitaran  hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau.
         – Pelaksanaan program seperti kitar semula dan 
            meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah 
            penjimatan sumber.






    • Persekitaran Kondusif

           – Memperluas pelaksanaan di agensi-agensi kerajaan 
              bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif. 
           – Penekanan kepada penyampaian sistem perkhidmatan, 
              mesra pelanggan dan memberi keselesaan semasa 
              berurusan (bagi pelanggan orang kurang upaya (OKU) 
              kemudahan sesuai harus disediakan).





    • Kepelbagaian Agensi 
    – Memastikan elemen pengauditan               
     memenuhi keperluan kepelbagaian agensi    kerajaan.

    Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA

                                        


    Putrajaya, 24 Julai 2018: Jawatankuasa ICT JKSM telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Laman
    Blog Eksa bertempat di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, JKSM

    Bengkel tersebut dihadiri oleh wakil setiap zon diketuai oleh AJK ICT bagi setiap Zon.

    Antara objektif kursus adalah untuk memberi


    KATA-KATA ALUAN YAA KETUA PENGARAH / KETUA HAKIM SYARIE SEMPENA MAJLIS PELANCARAN EKSA JKSM

    YAA Dato' Haji Mukhyuddin Bin Haji Ibrahim
    Ketua Pengarah / Ketua Hakim Syarie
    Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia



    Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


    Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JKSM berjaya diterbitkan. Panduan ini merupakan rujukan bagi melaksanakan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang kemas, bersih dan tersusun di sektor awam khususnya. Pelaksanaan EKSA diharapkan dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan warga JKSM lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti penyampaian perkhidmatan awam. Inisiatif menerbitkan Panduan Pelaksanaan EKSA ini secara langsung menyokong usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dalam kalangan agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan budaya kerja positif.

    EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam merupakan inisiatif MAMPU dalam menambah baik pelaksanaan Amalan 5S di sektor awam. EKSA bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih, kondusif, meningkatkan imej korporat, menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi, menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau, dan elemen pengauditan yang memenuhi 5 kepelbagaian fungsi dan premis agensi Kerajaan. 

    Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”. Saya percaya, pelaksanaan EKSA di JKSM bukan sekadar hanya untuk elemen kebersihan dan kekemasan sematamata, tetapi ia akan merangkumi segala aspek seperti kreativiti, inovasi serta produktiviti warga JKSM dalam menjayakan EKSA ini.

    Akhir kata, syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua Jawatankuasa EKSA dan warga JKSM yang telah berusaha dalam memastikan EKSA dilaksanakan di JKSM. Teruskan usaha murni tuan-tuan dan puan-puan. Semoga JKSM akan terus cemerlang dalam menjayakan EKSA dan menjadi contoh ikutan yang terbaik buat semua agensi awam yang lain.

    PENGENALAN


    PENGENALAN EKSA JKSM (Sila klik untuk maklumat lanjut) 
    1. EKSA adalah singkatan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Ia diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).
    2. EKSA merupakan penjenamaan semula Amalan 5S yang telah diguna pakai dalam sektor Awam sejak tahun 2010. 




    OBJEKTIF PELAKSANAAN EKSA JKSM (Sila klik untuk maklumat lanjut)

     Meningkatkan imej korporat.
     Menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi.

     Menggalakkan aktiviti pembudayaan Amalan Hijau.




    LOGO DAN MOTO EKSA JKSM (Sila klik untuk maklumat lanjut) 


    Bulatan 4 Bulan Sabit (Hijau) :
    Bermaksud 4 huruf singkatan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor
    Awam. Warna hijau pula melambangkan EKSA yang berciri go-green
    dan mesra alam







    TUJUAN PELAKSANAAN GARIS PANDUAN EKSA JKSM (Sila klik untuk maklumat lanjut)

    Tujuan Garis Panduan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) diwujudkan di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) sebagai panduan kepada Warga JKSM bagi mengamalkan pelaksanaan EKSA serta mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, berimej korporat dan berinovasi.



    Bengkel Pembinaan Laman Blog EKSA

    Putrajaya, 24 Julai 2018: Jawatankuasa ICT JKSM telah menganjurkan Bengkel Pembinaan Laman Blok EKSA bertempat di Bilik Latihan Komputer, Aras 4, JKSM.

    Bengkel tersebut dihadiri oleh wakil setiap zon diketuai oleh AJK ICT bagi setiap Zon.

    Antara objektif kursus adalah untuk memberikan